Pertemuan Pertama

[ Cerita ini tiada kena-mengena antara yang masih hidup mahupun yang telah tiada.. Harap kawan-kawan sudi membaca ARTICLE yang lyna buat sendiri dengan bantuan mama lyna]

Dalam sebuah kampung terdapat 2 orang sahabat baik, bernana Sarah dan Laila, Sarah orangnya agak kasar tetapi cantik, Laila pula manis orangnya tambahan pula dia bersikap lemah-lembut. Sarah berumur 17 begitu juga Laila. Mereka selalu bersama.. Bermula hari ini, mereka akan menduduki peperiksaan yang menentukan masa depan mereka iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

3 BULAN TELAH BERLALU

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah pun diumumkan, Sarah dan Laila mendapat keputusan yang cemerlang. Selang beberapa minggu mereka berdua mendapat tawaran ke salah sebuah kolej di Kuala Lumpur.

Pada hari pendaftaran, Laila terlanggar seorang lelaki kacak,bergaya dan kaya yang bernana Azry. Buku-buku yang dibawa oleh Azry jatuh ke lantai, dengan hati yang ikhlas Laila membantu dan meminta maaf.

Pada saat pertama Azry memandang Laila, dia merasakan jantungnya berdegup kencang. Manakala Sarah pula telah jatuh hati pada Azry kerna paras rupa yang menawan. Secara tidak sengaja gelang yang Laila pakai tertanggal. Azry mengambil gelang itu untuk memulangkannya, tetapi belum sempat Azry memulangkannya Laila telah berlalu pergi.

Setibanya Sarah dan Laila di asrama, mereka terus menuju ke bilik mereka. Sarah masuk bilik dan mengemas barang-barang dan baju yang dibawanya. Manakala Laila kelihatan gelisah apabila dia sedar bahawa gelangnya telah hilang. Laila menangis sepanjang malam memikirkan gelang pemberian ibunya yang telah hilang itu.

Pada keesokan harinya selepas menghadiri kelas, Sarah dan Laila pergi ke kafeteria untuk membeli minuman. Buat kali keduanya mereka terserempak dengan Azry. Laila menguntumkan senyuman yang sangat manis, Azry membalas senyuman itu dengan hati yang ikhlas. Sarah dengan selambanya memperkenalkan dirinya tetapi malangnya Azry tidak menghiraukannya. Mata azry tetap merenung wajah Laila yang manis itu. Dengan perasaan berdebar Azry memperkenalkan dirinya dan menghulurkan gelang kepunyaan Laila. Laila amat gembira sehingga dia tidak sedar yang dia terpeluk Azry dan mengucapkan terima kasih. Azry juga tidak melepaskan peluang untuk memeluk Laila dengan erat. Sarah yang melihat kejadian itu lantas menarik tangan Laila dengan perasaan marah.

Sejak kejadian itu, Sarah dan Laila tidak semesra dulu. Mereka sering berjauhan. Setiap kali Laila menegur, Sarah tidak mengendahkanny seolah-olah Laila itu tidak wujud. Sarah tidak putus asa mendekatkan dirinya dengan Azry. Malangnya setiap kali Sarah hendak bertemu Azry, Azry cuba melarikan diri daripadanya. Azry tidak suka akan sikap Sarah yang kasar itu, dia suka gadis yang lemah lembut seperti Laila. Hubungan Azry dan Laila semakin mesra, mereka sering meluahkan masa bersama, Satu kolej tahu tentang hubungan mereka.Sarah menyimpan perasaan dendam terhadap Laila. Sarah menyangka bahawa dia lah punca Azry tidah melayannya.

5 BULAN TELAH BERLALU,

Sarah masih bermusuhan dengan Laila. Cuti semesta akan bermula tidak lama lagi. Laila bercadang hendak pulang ke kampung untuk melawat ibunya begitu juga Sarah. Mereka pulang ke kampung bersama.  Semasa berjalan Laila cuba memulakan percakapan dengan bertanya mengapa Sarah membencinya. Sarah dengan perasaan mereh dan penuh dendam memarahi Laila kerana bermesra dengan Azry dan menuduh Laila merampas Kekasihnya. Belum sempat Laila berkata-kata Sarah dengan marahnya memutuskan hubungan persahabatan mereka.

Tanpa melihat kiri dan kanan Sarah terus melintas jalan. Laila dengan pantas menolak Sarah ke tepi jalan, lalu sebuah kereta yang dipandu laju terus melanggar Laila sehingga Laila tercampak jauh. Kepala Laila terhantak kuat, berlumuran darah keluar dari mulut, hidung dan teling Laila. Sarah terkejut lantas menelifon AMBULANS.Laila dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi. Sarah menelifon Azry dan memberitahu kejadian sebenar. Selepas mendapat panggilan Azry terus bergegas ke hospital untuk bertamu Laila.

Sebelum Laila menghembuskan nafas terakhir, dia sempat berkata kepada Sarah " kau lah sahabat aku dunia akhirat, tolong jaga Azry sebaik mungkin " Laila memegang erat tangan Azry dan berkata " Saya sayang awak sangat-sangat, awak lah cinta pertama dan cinta terakhir saya, awak tolong janji dengan saya yang awak akan mengahwini Sarah dan menjaganya seperti awak menjaga saya dahulu " belum sempat Azry berkata apa-apa genggaman erat tadi terlepas, dengan perlahan mata Laila tertutup rapat.

Doktor mengesahkan bahawa Laila telah tiada akibat kehilangan banyak darah dan keretakan di kepala. Sarah menyesal kerana telah memarahi Laila dan memutuskan hubungan mereka.. Secara tiba-tiba air mata Azry jatuh berderai bagaikan hujan yang turun.Pada hari pengebumian Laila, Azry tidak dapat menahan air mata yang terus mengalir di pipinya.

4 TAHUN TELAH BERLALU,

Sarah dan Azry mengadakan majlis perkahwinan kecil-kecilan bagi mengotakan janji Azry untuk mengahwini Sarah dan menjaganya.

[ SEKIAN SAHAJA , TERIMA KASIH KEPADA KAWAN-KAWAN YANG SUDI MEMBACA]



Tengkiu Sebab Sudi Baca Entry Lyna

3 comments:

  1. hurm nak tnyer?? si azry tu gembire x kawin ngan sarah???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba kalau anda terpaksa kawin dgn org yg anda tak cinta, adakah anda akan gembira?? Pastinya tidak pada mulanya, lama- kelamaan kasih sayang dan prasaan cinta itu akn berputik dgn sendirinya..

      Delete