Diari Seorang Wanita "Tentang Cinta Kita"


Cerita ini mengisahkan tentang seorang wanita yang  cintanya dipermainkan...
Cerita ini mengisahkan tentang seseorang...

Cinta Kita Bermula Dari.....

Pertama kali aku mengenalimu dilaman sosial " FACEBOOK ". Pada mulanya kita hanya berkawan biasa tetapi lama kelamaan hubungan kita semakin mesra. Setiap hari kita " chatting " bersama. Semakin lama perasaan aku tetiba berubah daripada "suka" menjadi "sayang" kemudian perasaan itu berubah menjadi "cinta". Tidak ku sangka secara kebetulan kita minat dalam bidang yang sama iaitu MUSIC.. Aku adalah seorang ahli pancaragam begitu juga denganmu. Aku sering termenung pabila merinduimu,, Aku sering tersenyum ketika terbayang wajahmu.

Pada masa itu aku masih keliru dengan perasaanku,, tetapi kini baru ku sedar bahawa akan ada "Hamba Allah" yang benar-benar menyayangi dan mencintai aku sepenuh hati iaitu Dirimu. Aku rasa amat bersyukur kerana dikurniakan lelaki yang baik dan murah hati sepertimu. Akan ku jaga hubungan ini dengan sebaik mungkin..(5/8/2011)

Genap sebulan kita bersama.....

Kini genap sebulan kita bersama. Di Hari Raya yang mulia ini ramai lelaki yang ku temui tetapi perasaanku tetap tidak berubah walau sedikit pun,,kerana aku sedar bahawa aku mempunyai tanggungjawab untuk mencintai dan menyayangi dirimu, Aku berharap dikau juga fikir sedemikian.. Semoga Cinta Kita Kekal Buat Selamanya..(5/9/2011)

Lagu Cinta Muka Buku....

Lagu ini ialah lagu yang sesuai untuk kita. Kita berkenalan di laman sosial " Muka Buku " Bercinta pun di laman " Muka Buku ". Tidak pernah berjumpa walaupun sekali. Rasa rindu hendak ketemu memang amat ku rasa..Dalam hati menjerit " SAYA RINDU SANGAT DEKAT AWAK !!! "(7/9/2011)

Rindu Yang Mendalam....

Rindunya rasa bila tak berhubung dengan awak.. Entah apa yang awak sedang lakukan sekarang ni ?? Lama sungguh rasa tidak online facebook.. Walaupun baru seminggu tetapi rasa bagaikan sebulan tak " contact ". Tapi awak rindu saya ker ?? Adakah sama perasaan kita ya ?? hurmm,,, Yang penting awaklah orang yang terbaik untuk saya.. Saya menjerit sendirian " SAYA SAYANG AWAK !!! "(14/92011)

Sedihnya Rasa Hatiku....

Lagi tiga hari genap 2 bulan kita "couple" tapi kenapa awak buat saya macam ni, saya cuba setia dengan awak, bukan ker awak yang kata saya seorang sahaja yang ada dalam hati awak, tapi awak BOHONG !! kenapa awak sanggup "couple" dengan orang lain tanpa pengetahuan saya. Saya ingat awak orang yang terbaik untuk saya tapi saya silap. Lelaki semua sama sahaja,, suka mempermainkan hati seorang wanita. Kalau awak betul-betul sayangkan perempuan tu , awak jaga dia baik-baik.. Jangan mempermainkan hati dia,, Jangan buat perkara yang sama awak buat dekat saya.. 

Kekecewaan Yang Melanda....

Besok dah 2 bulan kita " couple " tapi awak masih tak telefon saya. Kenapa awak buat saya macam ni ?? Saya asyik terbayang awak jer. Kalau boleh saya tak nak ingat awak pun sebab awak bukan ingat dekat saya...kan?? Awak dah ada pengganti saya.. Tapikan, awak ni nampak jer baik tapi sayang, awak ni orang yang suka mainkan hati orang.. Termasuklah saya,, Dah lah " couple " dengan budak tu senyap-senyap tanpa pengetahuan saya ..Tapi yang awak nak " block " Facebook saya tu kenapa..?? hishh ..SEMOGA AWAK BAHAGIA DENGAN AWEK BARU AWAK !!! (4/10/2011)

SAYA SAYANG AWAK !!!
TAPI AWAK TIPU SAYA !!!

SAYA RINDU AWAK !!!
TAPI AWAK LUPAKAN SAYA !!!

SAYACINTA AWAK !!!
TAPI AWAK ADA PENGGANTI SAYA !!!

SAYA NAK CAKAP DENGAN AWAK !!! 
TAPI AWAK TAK ANGKAT CALL SAYA !!!

SAMPAI HATI AWAK MAINKAN PERASAAN SAYA!!!

INILAH LUAHAN HATY SEORANG WANITA YANG PERASAANNYA DIPERMAINKAN


Tengkiu Sebab Sudi Baca Entry Lyna

3 comments: